Sebenarnya laut dan orang-orang Melayu tidak boleh dipisahkan. Ia ibarat irama dan lagu, aur dengan tebing
atau isi dengan kuku. Kehidupan orang-orang Melayu pada zaman dahulu
adalah berkisar sekitar pantai,pohon kelapa,pasir pantai,perahu dan
kapal.
Ini kerana orang-orang Melayu pada zaman dahulu adalah
pengembara,pedagang dan ahli pelayaran. Siapa yang dicanangkan berjaya
berlayar mengelilingi dunia?Ferdinand Magellan. Namun yang anehnya
mengapa beliau mengambil seorang anak kapal berbangsa Melayu,Hitam atau
nama Sepanyolnya Enrique?
Mengapa Columbus gagal mengelilingi
dunia?Kerana tiada navigator yang benar-benar tahu akan lautan Hindi
tempat sebenar yang hendak dituju beliau. Bangsa Melayulah penguasa laut
timur atau dalam bahasa Yunaninya Eritrean seas, oleh itu jika mahu
menguasai lautan timur maka kuasailah orang Melayu atau berbaik dengan
mereka. Inilah yang dibuat oleh para pelayar Arab dan Parsi tetapi tidak
diendahkan Columbus.
Selain dari bangsa Phoenicia,Norseman
atau Viking,terdapat satu bangsa lain di dunia yang mempunyai intuisi
dan 'sixth sense' semulajadi tentang laut yakni bangsa Naga Laut atau
Melayu Nusantara. Sejak dari zaman Mesir Purba sehingga ke
Sumeria,bangsa ini diketahui berlayar mengelilingi dunia,mengembara dan
berdagang.
Magellan tahu perkara yang tidak diendahkan oleh
Christopher Columbus ini. Dia tahu rahsia yang tidak diketahui oleh
Columbus.Sebab itu apabila Columbus sampai ke Amerika,ahli pelayaran
Sepanyol kelahiran Itali ini melompat-lompat bersorak,menyangka dia
telah berjaya sampai ke India dan mengatakan orang-orang tempatan
sebagai Red Indian. Inilah yang cuba dielakkan oleh Magellan,ahli
pelayaran Sepanyol kelahiran Portugis.
Melayu adalah dikenali
sebagai bangsa pelaut. Bagaimana budaya sebagai seorang pelaut, meredah
lautan bergelora sebenarnya telah mewujudkan sebuah reformasi hebat
dalam Tamadun Melayu itu sendiri. Untuk menjadi seorang pelaut,
seseorang harus mampu membina kapal-kapal yang hebat, yang tidak akan
ranap di tengah ombak gelora lautan.
Justeru, kajian demi
kajian harus dilakukan bagaimana budaya “PELAUT” bangsa Melayu mampu
memberi pengaruh kepada wilayah di sekitar ALAM MELAYU dan juga di
luarnya? Mari bersama-sama saya menyelami sejarah TAMADUN AGUNG MELAYU.
Dalam buku Maritime Southeast Asia to 1500 tulisan Lynda Shaffler
mengatakan bahawa tembikar-tembikar tanah liat adalah datang daripada
budaya Melayu dan disebarkan oleh pelaut-pelaut Melayu ke kawasan
sekitar Asia. Dalam menceritakan tentang ini, Lynda menyebut bahawa
pelayar Melayu merupakan pelayar-pelayar yang mempunyai ilmu laut yang
tinggi, berlayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa bantuan kompas
atau carta-carta bertulis. Pelayar-pelayar melayu menggunakan angin,
bintang, warna air laut, rupa bentuk gelombang laut untuk mengetahui
lokasi. Mereka boleh tahu kedudukan sebuah pulau walaupun mereka masih
berjarak 30 batu dari pantainya hanya dengan melihat tabiat
burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dan juga rupa bentuk
gelombang pada permukaan laut.
Bahkan budaya PELAUT bangsa
Melayu sebenarnya telah membantu dan mengajar orang Cina dalam bidang
perlayaran. Lynda Shaffler dipetik berkata demikian dalam bukunya yang
menceritakan seperti berikut:
“Orang Cina juga tahu penduduk
pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat
perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada
mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar
anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa
beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206 SM hingga 221
SM), orang Cina telah menggunakan layar itu."
Lihat bagaimana
budaya pelaut bangsa melayu mempengaruhi orang China. Tidak berhenti di
situ, diceritakan juga bagaimana BUDAYA PELAUT BANGSA MELAYU ini
membuatkan mereka mencipta sebuah teknologi yang melampaui zaman mereka.
Untuk menjadi seorang pelayar yang hebat, mesti mempunyai kapal yang
hebat kelak bakat serta kemahiran yang ada hanyalah sia-sia. Sebagai
contoh, Abu merupakan seorang rider sebuah motorsikal, dia sangat hebat
berlumba namun sekiranya enjin motorsikalnya itu lemah, maka bakat Abu
hanyalah sia-sia.
Justeru, apakah orang Melayu mempunyai kapal
mereka sendiri? Saya membuat rujukan di internet, dan beberapa buah
buku di luar sana dan saya mendapati bahawa sebenarnya orang Melayu
mempunyai kemahiran tersendiri dalam membuat kapal, sebuah teknologi
yang sangat canggih.
Pakar-pakar perkapalan Eropah misalnya
telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal
'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya digunakan oleh
orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim,
Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina
kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju,
jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.
Bahkan menurut pendapat daripada
(http://depts.washington.edu/silkroad/texts/weilue/appendices.html) diceritakan bahawa seperti berikut:
“Memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat mengesahkan kewujudan kapal
besar dari rantau lain, dapatlah disimpulkan bahawa bangsa Melayu adalah
yang pertama sekali membina kapal besar (1,000 tan ke atas) bermula
dari kurun pertama masehi. Pada kurun ketiga pula kapal 7 tiang yang
boleh dianggarkan melebihi 2,000 tan muncul dari dunia Melayu.”
Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan
menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh
Gaspar Correia membuktikan bahawa budaya pelaut ini sebenarnya telah
menimbulkan reformasi hebat dalam komuniti Melayu itu sendiri.
"Her sides were so high that no one dared board her from any of the
Portuguese ships; naos,caravellas and gales and she remained unscathed
by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the
largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the
governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the
jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two
nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her
rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo"
Bahkan budaya pelaut orang Melayu ini telah memberi kesan yang cukup besar kepada sebuah wilayah yang bernama Madagascar.
Diceritakan bahawa orang Melayu pernah sampai ke Madagascar dan menjadi
rulling clas di sana sehingga hari ini. Dari keturunan mereka yang
beranak pinak di sini, bangsa Malagasy yang kemiripan budaya mereka dan
bahasa mereka sangat dekat dengan Bangsa Melayu di alam Melayu ini.
Sebagai contoh, bahasa Malagasy sedikit banyak memiliki persamaan
dengan bahasa Melayu Indonesia dan Bahasa Jawa. Untuk bahasa Melayu,
horita (gurita), tanjona (tanjung), varatra (barat), hihy (gigi), fify
(pipi), molotra mulut dan sebagainya. Sementara untuk bahasa Jawa,
misalnya untuk pengiraan seperti roa (loro,dua), telo (telu, tiga), fito
(pitu, tujuh) dan seterusnya. Menurut sejarawan yang bernama OC Dahl,
suku BANGSA MELAYU telah sampai ke Madagascar sejak tahun 686 SM. Di
sinilah bangsa Melayu mendirikan sebuah kerajaan Merina yang terletak di
tanah tinggi dan telah memerintah bangsa-bangsa pribumi di Madagascar.
Kesimpulannya, TAMADUN MELAYU merupakan sebuah tamadun agung yang harus
dibanggakan oleh setiap anak muda bernama Melayu. Kalian harus
berbangga dengan peninggalan nenek moyang kalian.
Inilah masa
untuk anak Melayu ku kembali bangkit, jangan terus lena selepas 400
tahun kita dibuai mimpi indah sementara bangsa lain terus memahat nama
dalam sejarah dunia.
*Gambar sekadar hiasan sahaja*
#Kopi & #Pasta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum, everyone can comment here :)