Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada post kali ni Arol nak 'share something' yang baru Arol dapat dari rakan.
Tahukah anda, kita dapat mengetahui negeri kelahiran seseorang melalui kod negeri di no Kad Pengenalannya. Cara paling mudah untuk mengetahuinya adalah:
1. Mulakan mengeja kedudukan abjad mengikut turutan bermula dari huruf A sehingga Z.
2. Pastikan HURUF PERTAMA bagi negeri tersebut. Disebabkan huruf A hingga I tidak menjadi huruf pertama untuk sesebuah negeri, maka huruf J telah diambil sebagai no pertama dan J adalah untuk negeri Johor. Jadi J berada pada kedudukan 01.
3. Teruskan mengeja huruf-huruf ini, sehingga berjumpa dengan negeri yang kedua, Kedah=02, diikuti Kelantan=03.
4. Huruf seterusnya M iaitu Melaka=04, diikuti N untuk Negeri Sembilan=05, P untuk Pahang=06.
5. Untuk negeri seterusnya adalah Pulau Pinang. Mesti anda terpinga, mengapa Pulau Pinang sedangkan sepatutnya Perak dan diikuti Perlis. Ini disebabkan perkataan bahasa Inggeris diutamakan dalam pemilihan negeri ini. Jadi Pulau Pinang ditukarkan ke bahasa Ingeris akan menjadi "Penang". Maka negeri seterusnya adalah Penang=07.
6. Ini diikuti kemudian oleh Perak=08 dan Perlis=09.
7. Seterusnya adalah huruf S mewakili negeri Selangor=10. Tunggu dahulu! Kenapa Selangor? Bukan sepatutnya Sabah dan Sarawak ke? Selangor kalau diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Inggeris tetap menjadi Selangor. Jadi apa faktor yang digunapakai dalam penyusunan negeri ini? Ini disebabkan oleh faktor negeri-negeri di Semenanjung Malaysia diambil kira terlebih dahulu.
8. Kemudiannya diikuti oleh T untuk Terengganu=11, sesudah itu baru S untuk Sabah=12 dan Sarawak=13.
9. Akhir sekali adalah W iaitu negeri-negeri di Wilayah Persekutuan. Sebagaimana yang kita ketahui, Wilayah Persekutuan terbahagi kepada Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)=14, Wilayah Persekutuan (Labuan)=15 dan akhir sekali Wilayah Persekutuan (Putrajaya)=16.
10. Fakta terakhir! Cara untuk mengetahui jantina seseorang melalui no Kad Pengenalan adalah dengan melihat 4 digit terakhir no Kad Pengenalannya. Untuk jantina PEREMPUAN akan diakhiri dengan digit GENAP atau SIFAR. Manakala untuk LELAKI akan diakhiri dengan digit GANJIL.
Okey, harap info-info ini dapat dimanfaatkan sebaiknya :)
Kredit: Arol
850630105028
BalasPadamPerempuan
Padamhi puan Faridah
PadamTak semestinya perempuan kena genap ade je ganjil. And vice versa
BalasPadamHello? Cmmna pulak nak tau no yg 4 dari belakang tu?
BalasPadamHurmm...
BalasPadamMysuru Casino - The HERZAMMAN
BalasPadamMysuru Casino - The Home of the Best of the Slots! apr casino Visit us to 바카라 사이트 Play the best slots and enjoy https://septcasino.com/review/merit-casino/ the best table 출장샵 games in our casino. Visit us 토토사이트
0198394286
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam970629-12-5183-08-01 boleh beritahu saya kata erti empat digit di belakang mykad
BalasPadam