Khamis, 28 Januari 2016

10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah

Tahukah anda 10 tahun dari sekarang mungkin ramai diantara kita akan bekerja dari rumah? Di US perkara ini telah berlaku lebih 10 tahun dulu.



Saya mempunyai kawan yang tinggal diMalaysia tetapi sebenarnya dia adalah arkitek untuk sebuah syarikat terkenal di UK.

Mungkin beberapa tahun lagi kita boleh bertemu perkara ni di Malaysia. Pejabat tidak lagi diperlukan. Istilah kerja masuk jam 8 pagi tidak ada lagi.

Banyak kos boleh dan tenaga boleh dijimatkan. Tak perlu bersesak-sesak untuk ke pejabat jam lapan. Perkara yang penting adalah anda perlu siapkan kerja anda.

Saya sangat berminat dengan perkara ini. Saya telah membuat research lebih setahun tentang kerjaya " kerja dari rumah ".

Saya mendapati lebih 50% generasi Y telah berpendapatan lebih 2 kali ganda dari gaji sebenar jika dia bekerja diluar.

Saya telah setup pejabat kecil saya dirumah lebih 10 tahun lalu. Siapa nak tahu 10 tip kerja dari rumah ?.

============================
10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah
============================

1. Menyediakan tempat kerja khas yang selesa

Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.

Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai maje yang selesa untuk anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT..anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan menharapkan duit masuk.


2. Bekerja mengikut waktu.

Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja. kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinlah diri, jangan asik nak ke pasar je. mana kerja nak menjadi dan nak siap.


3. Hubungan dengan kerja secara berterusan

Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.


4. Ambil masa rehat

Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. contohnya ambil lah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.


5. Jangan dibersihkan.

Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja. kadang-kadang anda tak lah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mod untuk bekerja. biarkan bersepah...


6. Disiplin

Kalau nak buat perjumpaan , cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.


7. Tinggalkan rumah sehari dalam seminggu

tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan BOSAN. saya syorkan untuk anda pilih lah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya.


8. Buat kerja secara rutin

1. Bangan tidur,
2. ersihkan diri, mandi dan bersiap. jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
3. Buat sarapan
4. Masuk tempat kerja
5. Buat panggilan pelanggan
6. Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan
7. Balik jam 2 buat kerja balik
8. jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh
9. list kerja apa nak dibuat esoknya
10. ulang langkah pertama.


9. Buat kerja anda.

Jangan pula , metang-metang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda. ini betul...kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat. faham kan yang ni.


10.Stay professional

Walaupun anda kerja dari rumah ..ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di office.

#Kopi & #Pasta

Isnin, 9 November 2015

KL GANGSTER Episod : VAPE vs ROKOK

Terkejut apabila baru-baru ini kerajaan umumkan harga rokok naik sehingga menjangkau RM17 sekotak.

Di sebalik kenaikan harg rokok ini, kerajaan akhirnya menarik balik pengharaman vape yang telah diisytiharkan sebelum ini.

Ikuti video santai daripada Fanpage Dean Ahmad yang telah mencapai lebih 15 ribu shares di Facebook.


KL GANGSTER Episod : VAPE vs ROKOK
KL GANGSTER EPISOD: VAPE VS ROKOK~Tukang edit video/Suara: dean ahmad~[ ig : dean_ahmad_ ]Mengisahkan kemelut diantara dua kumpulan peniaga iaitu Peniaga Rokok dan Peniaga Vape yang bertelagah merebut kawasan, Shark merupakan Ketua Kongsi Gelap paling berkuasa di KL ADUN jinjang cuba campur tangan untuk menghapuskan perniagaan Vape yang semakin berkembang dengan Alasan Vape haram tetapi membenarkan aktiviti menjual Rokok..Ini menimbulkan kemarahan Malek yang berjaya berhenti merokok kerana menghisap vape perisa sirap bandung dan dalam masa yang sama Malek turut membuka perniagaan Vape...Apakah yang berlaku seterusnya? Nantikan filem KL Gangster Vape vs Rokok ini yang akan di tayangkan di panggung berjauhan Anda..!
Posted by Deanahmad.com on Saturday, November 7, 2015

Ahad, 29 Jun 2014

Kisah Perniagaan Melayu Yang Disisihkan

Telco line Altel milik Melayu, internet dan line diceruk kampung juga tiada masalah. Kalau korang terer baca sampai habis. Kalau terer lah.

(1)PENGENALAN
Semasa aku berjalan-jalan di Plaza Lowyat dalam melihat kemewahan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum cina, aku terus tersentak dan tekad untuk tukar telco milik Melayu iaitu line Altel milik Syed Mokhtar Bukhary. Beliau telah banyak membantu orang Melayu Islam dimana hasil keuntungan perniagaannya telah disumbangkan kepada orang Islam sebanyak RM1,600,000,000 (billion). Sebelum aku ceritakan kisah kepayahan aku nak membeli sim card telco Altel ini, aku cerita kan dahulu ringkas mengenai Syed Mokhtar Bukhary.

Fakta tentang RM1,600,000,000 (billion) yang diderma oleh Syed Mokhtar diambil dari sebuah Majalah Antarabangsa iaitu Forbes Asia, dimana majalah ini memberi anugerah gelaran kepada Syed Mokhtar Bukhary sebagai 'Wira Dermawan'. Menurut Forbes Asia, Syed Mokhtar selain menderma kepada kaum Melayu di Malaysia, beliau turut menderma di luar Malaysia sejak 10 tahun lalu dengan menubuhkan kem pelarian di Pakistan, rumah anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China serta Indonesia.



Syed Mokhtar juga membuka hospital dan institusi lain bagi penduduk Islam Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia. Kesemua derma dan pertolongan jihad ini dibuat bertujuan untuk mempromosikan Islam dalam masa sama dapat memperluaskan dakwah Islam di Seluruh Malaysia. Itulah sedikit sebanyak cerita pendek mengenai Syed Mokhtar Bukhary ini.

Jadi dengan berbekalkan semangat mahu terus membantu usahawan Melayu ini terus berjaya, supaya dengan harapan hasil duit pembelian ini dapat aku turut menyumbang derma. Aku sebelum ini 10 tahun pakai telco Digi/Maxis. Aku pun tak tahu hasil dari keuntungan aku pakai Digi/Maxis dimana pemilikya salurkan. Boleh jadi membina rumah ibadat tokong/kuil, boleh jadi dia membuat pelaburan perniagaan perjudian, boleh jadi pelaburan minuman alkohol dan berbagai-bagai lagi.

(2)PENCARIAN PEMBELIAN SIMCARD
So aku dengan semangatnya terus buka google phone dan taip 'lokasi altel'. Lalu keluar link www.altel.my/en/where-to-buy . Scroll punya scroll akhirnya aku jumpa alamat kedai yang menjual sim card Altel. Aku lihat ada dua alamat di Lowyat iaitu:

Effective Marketing
Lot 2-101, 2nd Floor, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
03-21455281

Broadband Solution Sdn. Bhd.
Lot 3-It-16, Level 3, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
013-3376668

Aku call nombor kedai pertama tak angkat. Aku dengan sabarnya cari lokasi kedai pertama dekat tingkat 2 akhirnya jumpa. Sebelum aku nak tanya beli sim card Altel, aku tengok peniaganya cina, al maklumlah mana ada peniaga Melayu jual phone di Lowyat. Apa boleh buat, demi nak bagi usahawan Melayu Syed Mokhtar untung dalam jangka masa yang lama. Aku pun dengan bad moodnya tanya cina ni:

Aku: "Kawan, sim card Altel ada? I mau beli".
Cina: "Mana you tau ini kedai?" (muka terkejut)
Aku: "I tengok website Altel maa, ada tulis you punya kedai ada jual!"
Cina: "aaa..aaa...(garu kepala) sim card lain mau? Digi ada, Umobile ada"
Aku: "You ada jual ke tak,kalau tak jual, i kira you tipu la ni, nanti i report dekat Altel" (aku bengang)
Cina: "Aiyaa ada la, i saja bagitau ada sim card lain maa, mana tau you minat loh, sebenarnya Altel kami tak ada jual disini, kami jual di kedai satu lagi tingkat 3, ini nombor 013-3376668 you kasi call, nanti orang tunjuk jalan"
Aku: "I customer you kasi la tunjuk jalan, ni tingkat 3 kedai you juga apa?!"
Cina: "Aiyaa sikalang manyak customer mali ma, nanti susah tak ada orang"
Aku: (Aku tengok kiri, tengok kanan, customer tak ada pun. Kalau dia tunjuk jalan pun aku tengok ada kawan dia lagi sorang jaga. Hmm dasar sial cina ni tak nak aku beli Altel, kalau tak nak jual Altel, tak payah la amik sim card ni. Aku pun beredar)

Aku pun dengan tak patah semangat tawaf la satu tingkat 3 sambil call no yang dia bagi tu. Akhirnya jumpa tapi hati betul sakit woo. Korang tau tak kat mana kedai tingkat 3 tu? Dekat belah dalam gila babi, dekat belah-belah area bangladesh, nepal, myanmar berniaga. Kira macam tempat keluar masuk stok untuk stor. Aku punya maki hamun dalam hati bengang sebab mana la orang dapat cari kedai macam ni punya dalam. Ini macam kedai repair laptop untuk stor je. Aku pun tak cakap banyak aku aku mulakan pembelian aku:

Aku: "Kawan kasi keluar semua no.Altel, i mau pilih itu nombor"
Cina: "Wahh manyak line lain, mau beli Altel juga ka?"
Aku: "Who is customer? Do you know customer is always right?"
Cina: "Huhu, gurau saja. Kejap aa i pergi ambil"
Aku: (10 minit tunggu)
Aku: (20 minit tunggu)
Aku: (30 minit tunggu)
Aku: (40 minit tunggu)
*kesabaran yang tinggi perlu ada*
Cina: "alooo manyak sori aaa, itu Altel dalam stor susah cari punya, ini satu box you kasi tengok semua nombor"
Aku: (Aku malas nak cakap banyak, aku pun pilih satu satu ada dekat 100 sim card, aku rasa orang tak pernah beli)
Cina: (tiba-tiba tengok satu sim card dan selit tepi asingkan)
Aku: "hei, apa you kasi letak tepi tu? I mau tengok itu nombor"
Cina: "huhu, ini nombor cina banyak suka maa 011-8****888"
Aku: (Aku yang asalnya dah pilih nombor aku nak, sebabkan atas dasar aku nak sakitkan hati cina ni, aku pun cakap)
Aku: "Ini nombor banyak bagus, i amik sekali ini nombor, berapa ringgit?"
Cina: "hmmm, rm14 saja, satu rm7"
Aku: (Ceh, RM7 je satu, ingat RM100 sebab no.cantik kau jual, kalau RM100 pun aku beli la sial, Aku bagi RM14 daftar dan beredar)



(3)TAHAP KELAJUAN INTERNET DAN COVERAGE LINE ALTEL
Bila habis beli, aku terus pergi 7-eleven nak beli topup, sekali yang jaga cashier tu Manager cakap, sini Altel susah masuk lah bang, Tan Sri Vincent Tan kenakan macam macam syarat untuk Altel masuk topup dalam 7eleven. Aku pun panas sekali lagi, lalu aku google dan cari senarai tempat tempat beli topup Altel adalah Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.

Legalah aku sebab stesyen minyak Shell, Petron, Esso, Caltex, Aeon Big dan Jusco memang bersepah-sepah. Aku pun beli dengan jayanya topup rm30 dan terus aktifkan internet RM28 - 1GB. Ada juga pilihan RM48 - 2GB, tapi aku pilih 1GB je sebab dah cukup untuk aku pakai sebulan.

Aku nak cuba kelajuan internet Altel ni tapi tak sempat sebab aku kena pergi terus ke Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sampai je aku dekat Jemapoh, aku pun cuba kelajuan internet dia. Ya Allah, Wallahi, demi Allah yang memegang urat jantungku, aku bersumpah sepanjang aku pakai line Maxis dekat jemapoh memang tak boleh surfing langsung. Bila aku pakai line Altel ni, dia tunjuk icon line coverage +Hs (High Speed). Punya laju aku pakai line ni, sampai dalam kampung jemapoh yang aku tau memang tak ada line pun Altel boleh akses siap High Speed?

Aku pun cuba surfing cari info kenapa Altel boleh dapat coverage HighSpeed yang Maxis tak pernah dapat dalam Kampung Jemapoh ni. Akhirnya selepas aku caru info di google, baru aku tau bahawa Altel adalah syarikat telco terlaju dalam kelajuan "4G LTE". Altel juga mempunyai 40MHz berbanding syarikat telco Digi, Maxis, Umobile, Celcom dan lain lain yang hanya mempunyai 20MHz sahaja. Sudahlah boleh akses call dimana mana sahaja, tambahan dalam ceruk kampung pun internet HighSpeed laju gila? Seminggu selepas tu. Keluarga aku 10 orang terus tuka nombor kepada Altel dan kawan kawan aku dah 6 orang tukar line kepada Altel tetapi nombor asal mereka kekalkan.

Dengan ini aku bagi korang kesimpulan tentang Altel
1.Altel milik melayu
2.Altel line internet dan coverage line dapat capai hingga ceruk kampung
3.Altel mempunyai 4G LTE serta pemegang terbesar 40MHz berbanding telco lain
4.Topup beli di Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.
5.Internet package ada dua, 1GB RM28, 2GB RM48
6.Altel boleh tukarkan line dan kekalkan nombor asal.
7.Tempat beli simcard Altel: www.altel.my/en/where-to-buy

Dah baca panjang-panjang ni jom CLICK SHARE supaya kawan korang yang lain terkena baca sampai habis macam korang, dan mana tau dia berminat tukar Altel? Korang mungkin rasa tak nak tukar lagi, tapi kalau korang CLICK SHARE mungkin kawan korang tukar. Dapat bantu Syed Mokhtar Bukhary pecahkan monopoli telco yang dipegang cina dan india.

Senarai alamat sim card Altel dijual:
http://altel.my/en/where-to-buy

Bukti Altel pemegang terbesar 40Mhz:
http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130924/ko_01/Altel-sedia-masuk-gelanggang

Bukti Syed Mokhtar dikategorikan sebagai Wira Dermawan:
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/syed-mokhtar-wira-dermawan-1.294066

#Kopi & #Pasta

Ahad, 30 Mac 2014

TEROWONG RAHSIA DI PUTRAJAYA : FAKTA ATAU MITOS ?



1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2. Susah hendak percaya? tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.
3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.
4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu “Keluar” atau “Kecemasan”, untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.
5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.
6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.
7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta “basement”, paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.
8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.
9. Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya.
10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan.
11.Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit.
12.Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.
13.Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.
14.Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat.
15.Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan.
16.Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.
17.Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya.
18.Beliau mencabar saya satu perkara…”Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.
19.Memang hebat Putrajaya…visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.
20.Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.
21.Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya.
22.Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orangramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad.
23.Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.
24.Kepada pembaca…tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan.
25.Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda…ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya.
26.Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar.
27.Kebangkitan akan bermula dari sini…
NOTA PENULIS : ADA SEBAB PUTRAJAYA DI BINA WALAUPUN DAHULU ADA MANUSIA YANG AMAT AKTIF MENGUTUK PROJEK TERSEBUT. BILA ORANG MELAYU BUAT PROJEK, MULALAH DITABURKAN FITNAH MACAM-MACAM SEOLAH-OLAH TIDAK MAHU MELIHAT ORANG MELAYU MEMBUKTIKAN KEPADA SEJARAH BAHAWA BANGSA INI JUGA MAMPU MENGUNGKIT TAMADUN KETIKA TAMADUN LAIN SEDANG MATI.
DUNIA SEDANG MENANTI KEBANGKITAN KAUM INI, TAMADUN YANG DAHULUNYA MALU-MALU SELEPAS KEJATUHAN MELAKA. SAMPAI BILA NAK BANGGA DENGAN SEJARAH MELAKA.

Selasa, 18 Mac 2014

Cara Mengetahui Negeri Kelahiran Dan Jantina Melalui No Kad Pengenalan



Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada post kali ni Arol nak 'share something' yang baru Arol dapat dari rakan.

Tahukah anda, kita dapat mengetahui negeri kelahiran seseorang melalui kod negeri di no Kad Pengenalannya.  Cara paling mudah untuk mengetahuinya adalah:

1. Mulakan mengeja kedudukan abjad mengikut turutan bermula dari huruf A sehingga Z.

2. Pastikan HURUF PERTAMA bagi negeri tersebut. Disebabkan huruf A hingga I tidak menjadi huruf pertama untuk sesebuah negeri, maka huruf J telah diambil sebagai no pertama dan J adalah  untuk negeri Johor. Jadi J berada pada kedudukan 01.

3. Teruskan mengeja huruf-huruf ini, sehingga berjumpa dengan negeri yang kedua, Kedah=02, diikuti Kelantan=03.

4. Huruf seterusnya M iaitu Melaka=04, diikuti N untuk Negeri Sembilan=05, P untuk Pahang=06.

5. Untuk negeri seterusnya adalah Pulau Pinang. Mesti anda terpinga, mengapa Pulau Pinang sedangkan sepatutnya Perak dan diikuti Perlis. Ini disebabkan perkataan bahasa Inggeris diutamakan dalam pemilihan negeri ini. Jadi Pulau Pinang ditukarkan ke bahasa Ingeris akan menjadi "Penang". Maka negeri seterusnya adalah Penang=07.

6. Ini diikuti kemudian oleh Perak=08 dan Perlis=09.

7. Seterusnya adalah huruf S mewakili negeri Selangor=10. Tunggu dahulu! Kenapa Selangor? Bukan sepatutnya Sabah dan Sarawak ke? Selangor kalau diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Inggeris tetap menjadi Selangor. Jadi apa faktor yang digunapakai dalam penyusunan negeri ini? Ini disebabkan oleh faktor negeri-negeri di Semenanjung Malaysia diambil kira terlebih dahulu.

8. Kemudiannya diikuti oleh T untuk Terengganu=11, sesudah itu baru S untuk Sabah=12 dan Sarawak=13.

9. Akhir sekali adalah W iaitu negeri-negeri di Wilayah Persekutuan. Sebagaimana yang kita ketahui, Wilayah Persekutuan terbahagi kepada Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)=14, Wilayah Persekutuan (Labuan)=15 dan akhir sekali Wilayah Persekutuan (Putrajaya)=16.

10. Fakta terakhir! Cara untuk mengetahui jantina seseorang melalui no Kad Pengenalan adalah dengan melihat 4 digit terakhir no Kad Pengenalannya. Untuk jantina PEREMPUAN akan diakhiri dengan digit GENAP atau SIFAR. Manakala untuk LELAKI akan diakhiri dengan digit GANJIL.

Okey, harap info-info ini dapat dimanfaatkan sebaiknya :)

Kredit: Arol

Isnin, 17 Mac 2014

DENDAM AMERIKA PADA TUN MAHATHIR



Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.
Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.
Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi proksi-proksinya di Malaysia.
PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.
Bagaimana boleh jadi begitu?
Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.
Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.
Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.
Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.
Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.
Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.
Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.
Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.
PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.
Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.
Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.
Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar.

Rabu, 12 Mac 2014

Pandai Bermain Piano Dalam 5 Minit

Bukankah indah jika anda boleh mengekspresikan emosi serta jiwa halus anda melalui muzik. Tetapi anda mempunyai satu masalah iaitu tidak tahu bermain alat muzik. Jadi pada post kali ini penulis akan beri tutorial untuk belajar piano secara basic.Objektif post ini adalah supaya anda mampu untuk memainkan lagu dengan piano setelah anda habis membaca post ini.

Baiklah mula-mula sekali anda perlu tahu basik key di piano. lihat gambar di bawah ini:



Piano biasa terdiri dari 88 key tetapi keyboard mempunyai key yang lebih sedikit, ada yang mempunyai 76, ada yang 42, hatta 12 key sekalipun ada.TETAPI walaupun sebanyak mana key di piano tersebut basicnya adalah hanya 12 key iaitu C, C# (C sharp)/Db (D flat), D, D#/Eb, E, F, F#/Gb, G, G#/Ab, A, A#/Bb, dan B. Not seterusnya akan kembali kepada C tetapi C bernada yang lebih tinggi.Lihat gambar di bawah. Jadi cara mudah untuk mengenal not-not di piano adalah dengan melihat not hitamnya. jika anda melihat 2 not hitam berdekatan, maka not sebelumnya adalah C (lihat gambar), Jika anda melihat 3 not hitam berdekatan maka not sebelum not hitam yang pertama adalah F.



Ok sekarang mari belajar tentang asas pembinaan kord di piano. Kebanyakan lagu menggunakan kombinasi kord major dan minor.Kesilapan utama bagi kebanyakan orang yang baru belajar piano atau gitar ialah mereka menghafal kord tetapi tidak tahu asas membina kord. Jadi banyak kord yang perlu dihafal tetapi jika anda tahu asas pembinaan kord, anda boleh bermain kord apa sekalipun tanpa perlu menghafalnya,

Ok apa itu kord? Kord ialah kombinasi 3 not yang dimainkan secara serentak. Secara asasnya ada 2 jenis kord yang selalu dimainkan iaitu Major dan Minor. Di piano  Kord selalunya dimainkan dengan jari 1,3 dan 5.lihat gambar dibawah.




Jadi untuk membina kord jari kanan no 1  letakkan di not kord tersebut. contohnya jika anda mahu membina kord C major, letakkan jari 1 di not C. Lihat gambar di bawah:



Jadi formula untuk membina kord major adalah '4-3'. Apa itu? itu adalah jarak antara not.Cuba lihat contoh diatas. untuk C major , not E jaraknya adalah 4 not dari C dan not G jaraknya 3 not dari E. Jadi jari 1 pada C, jari 3 pada E, dan jari 5 pada G.

Ok sekarang anda pula cuba. cuba bina kord F major. Gunakan formula di atas... anda berjaya membina kord tersebut? sila cek dengan gambar di bawah samada anda betul atau tidak.




Jadi menggunakan formula yang sama, jari pertama di F, 4 not dari F iaitu A di jari ketiga,dan 3 not dari A iaitu C di jari kelima.

Ok sekarang mari kita belajar membina kord minor pula. Formula untuk membina kord minor ialah '3-4'. Cuba lihat contoh C minor dibawah:




Seperti yang anda lihat dalam gambar diatas, jari pertama di C, 3 not dari c iaitu Eb di jari 3 dan 4 not dari Eb iaitu G di jari 5. Ok sekarang anda telah mengetahui asas-asasnya, sekarang anda kena lakukan practikalnya. dibawah ini ada kord bagi lagu sonata musim salju nyanyian Hazami. jadi anda boleh cuba memainkan lagu ini di piano. Anda tiada piano? anda boleh cuba install mini piano ini di sini 

Klik di sini ---> Mini Piano 

Mungkin feelnya tidak sama seperti memainkan piano biasa tapi at least anda boleh mempraktikkan pembinaan kord yang anda baru belajar ini. Selamat mencuba.

Perhatian: berikut adalah singkat bagi kord yang selalu ditulis di dalam buku kord
contoh: C major ditulis sebagai C sahaja
          : C minor ditulis sebagai Cm


Hazami - Sonata Musim Salju

)








































#Kopi & #Pasta